Tuesday, May 18, 2010

PUBLIC MUTUAL? Fikir2kan..

Public Mutual BUKAN SUATU SIMPANAN. Ia merupakan satu bentuk pelaburan dalam saham amanah. Jika Sdri beli harini dan berhasrat mendapatkan balik duit Sdri(samada untung atau rugi) ia memerlukan "tempoh bertenang" selama 2 minggu. Dengan lain perkataan, bukan seperti ASB masuk harini, sebentar lagi boleh dikeluarkan kesemuanya, sdri perlu menunggu 2 minggu sebelum mendapat CEK hasil penjualan saham amanah Public Mutual sdri. Selain drpd itu ASB adalah suatu produk saham amanah yang digerenti modalnya tak kurang RM1.00(dollar to dollar). Manakala Public Mutual pula tidak menjanjikan apa2, dengan kata lain, ianya akan turun-naik. Yang pasti sebaik Sdri membeli Public Mutual, Sdri akan kehilangan modal tak kurang RM0.05(5 sen) akibat "fee" belian.

Selain drpd "entrance" fee, ada juga fee yg lain yg dikenakan ke atas para pelabur. Antaranya adalah "maintenance fee", "management fee" dan "exit fee". Jumlahnya bergantung kepada "fund" yang berkenaan. Pelaburan saham amanah termasuk Public Mutual banyak berkait kepada pasaran saham, bergantung kepada jenis bentuk pelaburan sesebuah "fund", ada juga "fund" yg menfokuskan pasaran saham luar negara. Pelaburan saham amanah ada risiko. Rata-rata unit saham amanah Public Mutual memberi pulangan kurang drpd 8%(lapan peratus). Suatu ketika dulu ramai yg menjerit dan terkedu kerana banyak pelaburan EPF mereka yg dilaburkan di unit amanah hilang nilai. Mana tidaknya harga belian RM1.00 ada di antara saham amanah sekarang ini harganya cuma RM0.10(10 sen).

Satu perkara yg pasti adalah hanya "egen" jualan saham amanah ini yang untung. Kenapa tidak, minimum komisen terhadap penjualan saham amanah adalah 2.5%-4.5%, jika lebih tinggi taraf seseorang itu, tinggi lagi komisennya. Secara peribadi Aziz CFP tidak menggalakkan pembelian saham amanah kecuali Amanah Saham Bumiputera(ASB). Ini adalah kerana ASB dijamin kerajaan (capital gerenti, dollar to dollar) dan pulangannya sudah lebih 25 tahun beroperasi tidak kurang 8% kepada berjuta2 pelabur2 bumiputera. ASB adalah antara pelaburan/simpanan yang terbaik di dunia. Tiada sepertinya di mana2 pun di dunia ini. Malangnya ramai juga "perancang kewangan" yang menyuruh kekawan membelinya sungguhpun mengetahui cashflow individu berkenaan hanya cukup2 makan tanpa simpanan yang sepatutnya.tepuk dada tanya selera.

Aziz CFP

Friday, May 14, 2010

Relaks kejap jom..mari kita renung2 kan..


Kita busy mcm nie setiap bulan ka bila dapat bill statement?


Sakit kepala dan stress mcm kawan kita nie each month bila see our bills?






Until kita terpaksa ambil tindakan sebegini?


Or we want to be like her?





FIKIR2 KAN LA..

salam sayang dari Rin, ;p

BAB 8 : CREDIT CARD- SUPTOPIC..

Ok..Rin sambung lagi about credit card. Mm, mcm persoalan Rin dlm post yg lepas..bagaimana kalu we need to use the credit card in cooling period? IF we don't have any choice..then it ok kalau kita dikenakan sedikit charge rather than we lose someone yg tiada ternilai..example our parent, our lovely anak, husband. ;p
OR..we MUST HAVE MORE THAN 1 CREDIT CARD..agar it can back up each other. Remember Rin bagitau on last post..each credit card..date of COOLING PERIOD dia berbeza2, ;p.

Ok, jom tengok 1 case study yang di conduct oleh financial advisor Rin, he's friend ada 10 credit card and how he utilize it and end of the day, this little cards can be a useful financial tools to him, ;p. (Remember..sekrang BANK NEGARA hanya membenarkan each individu mempunyai 4 credit card sahaja)




ok,jom tengok explaination skit..

1) bahagian A dinamakan operational cards - card kegunaan harian. Usually 1 or 2 card sudah memadai.

2) Bahagian B dinamakan Balance transfer cards- jumlah card depend on us tetapi seeloknya jumlah RM total card itu mesti melebihi jumlah total credit untuk card operational kita.

3) Bahagian C dinamakan cash advance card-card ini digunakan untuk pengeluaran tunai.

Sekiranya baki bulanan OPERATIONAL CARD kita KURANG dari RM1000, pembayaran kesuluruhan kita lakukan dengan mengunakan OVERDRAFT or TUNAI. Ini bertujuan untuk mengelakkan kadar faedah 1.5% yang akan dikenakan oleh pihak bank pada Baki tertunggak.

BAGAIMANA JIKA BAKI BULANAN OPERATIONAL CARD MELEBIHI RM1000?

Inilah masanya kad-kad Blalance transfer digunakan kerana syarat untuk melakukan balance transfer ialah amount yang hendak di transfer mesti melebihi RM1000.

hOW TO DO IT?

1) Pihak bank menyediakan borang pindahan baki yang perlu di isi dan di sign oleh kita.
2)Faks kan sahaja ke Bank2 yang mana pindahan baki itu hendak dilakukan.

Ini dilakukan untuk mengelakkan interest kredit card sebnyak 1.5% berbanding dengan interest Pindahan baki yang hanya

1)3 bulan = 0%
2)6 bulan = 0.5%
3)9 bulan 0.75%
4)Or tetap 1 tahun @ 10% or 0.75% monthly.
(It depend on banks)

Dalam kehidupan seharian, kita mungkin terdesak memerlukan TUNAI, jadi Card CASH ADVANCE diperlukan dengan caj perkhidmatan yang rendah. ( Ini setelah cuba mengeluarkan duit DI ATM mesin dari ACC masing2 tapi tidak mencukupi)

Think wisely yea..salam sayang dari Rin, ;p

BAB 8: PENGGUNAAN KREDIT CARD


(panjang tol credit card nie..hehe)

Salam and dear viewer, ok..today Rin nak share pasal credit card.
Rata-rate semua orang mengetahui bahawa ia adalah sebuah card plastik yang mempunyai cip didalam nya dan membenarkan penama yang memilikinya berbelanja sehingga ke satu tahap tertentu (credit limit), 25% dari jumlah orang yang di isytiharkan bankrap adalah pengguna credit card - Aziz ibrahim cfp.

SEBAGAI pengguna credit card, kita perlu AWARE dengan beberapa perkara penting tentang credit card iaitu
1)Apa itu STATEMENT DATE?
2)Apa itu DUE DATE?
3)COOLING PERIOD?
4)1.5% interest charge on balance baki pas minimum payment
( minimum payment dikira 5% dari total perbelanjaan)
5)Dikira berdasarkan DIALY REST

Credit card boleh membawa KEUNTUNGAN kepada yang BIJAK menggunakan dan boleh membawa BENCANA kepada yang TIDAK TAHU menggunakannya, ;p.

Ok..jom kita tinjau apa yang dimaksudkan dengan STATEMENT DATE,DUE DATE,COOLING PERIOD.

1) STATEMENT DATE- ialah Tarikh Dimana statement perbelanjaan kita yang dihantar oleh pihak bank to us monthly.

2) DUE DATE- Tarikh akhir selepas 20 HARI dari STATEMENT DATE, untuk pihak kita menjelaskan jumlah pembayaran sekurang-kurangnya MINIMUM PAYMENT.

3)COOLING PERIOD- 10 hari selepas DUE DATE ialah COOLING PERIOD. Sekiranya kita menggunakan card credit kita semasa COOLING PERIOD ini, pihak bank akan mengenakan charge on us.

Setiap card credit mempunyai STATEMENT DATE/DUE DATE/COOLING PERIOD yang berbeza2,jadi kita sebagai pengguna card credit perlu memastikan dengan pihak bank yang kita menggunakan card credit mereka bila tarikh2 penting untuk STATEMENT DATE/DUE DATE/COOLING PERIOD. Kebiasaan nya tarikh tue setiap card credit itu adalah tetap setiap bulan dan tidak berubah2.

Sebagai Contoh: CARD CREDIT AFFIN BANK

5hb-25hb ( 20 HARI BEBAS FAEDAH)
Dinasihatkan agar menggunakan card ini dari 6hb hingga 25hb dimana pada 20 hari ini, interest free..iaitu pihak bank tidak akan menggenakan charge ke atas kita.

26hb - 5hb ( 10 HARI-COOLING PERIOD)
10 hari ini dinamakan tempoh COOLING PERIOD atau tempoh bertenang dimana sekiranya kita menggunakan card credit sewaktu 10 hari tempoh bertenang ini, pihak BANK akan mengenakan charge ke atas pihak kita.

* Sekiranya di dalam tempoh 10 hari COOLING PERIOD ITU, kita terdesak atau kecemasan dan perlu menggunakan juga kredit card, bagaimana? ;p

My REFERENCE untuk My blog..BIJAK WANG..

salam..Hai, before Rin start sambung discussion pasal blog BIJAK WANG nie, i would like to share gan all my dearest viewer reference book yang Rin refer to write in this blog beside referring to internet and my own experience, ;p.




(my main buku text coz writer buku nie Rin punya Financial advisor, ;p)


2)Reference book 1


3)Reference book 2


4) Reference book 3
(Penulis buku nie ulama terkenal indonesia yg juga businessman yang jutawan)


5) Motivation BooK YANG RIN recommend pada org2 yng lost motivation in their life, ;p

Thursday, May 13, 2010

BAB 7 :PLATFORM..

Perbelanjaan harian dan pelaburan memerlukan PLATFORM agar kita tidak berbelanja lebih dari kemampuan dan terjebak di dalam timbunan hutang. Terdapat 3 platform yang biasa kita dengar iaitu

1) Simpanan yang byak
2) Sumbangan atau pinjaman dari ibu bapa /saudara mara yang NO INTEREST!
3) Kemudahan OVERDRAFT dari pihak Bank.


Kebanyakan dari kita, tidak mempunyai platform yang no (1) dan no (2), tetapi kita mempunyai peluang untuk platform yang ke (3).


Apa itu Overdraft (OD)

Secara amnya OD atau kemudahan Overdraft (Overdraft facility) adalah sejenis pinjaman atau pun loan, tetapi ianya berbeza dengan jenis-jenis pinjaman yang lain seperti housing loan, pinjaman kereta/kenderaan dan sebagainya. Ini kerana OD sebenarnya adalah satu kemudahan pinjaman yang di 'standby' kan oleh bank dan tidak semestinya digunakan oleh pelanggan.

Ciri-ciri OD :-
1. Mesti digunakan bersama current account atau Akaun Semasa (menggunakan kemudahan cek).

2. Selalunya memerlukan cagaran samaada dalam bentuk hartanah atau dalam simpanan tetap. Kalau nak cepat dapat boleh guna simpanan tetap atau Fixed Deposit(FD) atau Amanah Saham Bumiputera (ASB).

3. Jumlah OD yang diberi bergantung kepada nilai cagaran dan juga kekuatan kewangan pelanggan. Rekod dengan bank juga amat penting. Oleh itu, jika anda masih baru dengan bank dan kedudukan kewangan (Dari segi gaji, tanggungan atau keuntungan syarikat) masih lemah dan anda letak Fixed Deposit sebanyak RM10,000 maka anda mungkin dapat sama nilai i.e OD juga RM10,000. Ini dipanggil One To One Basis.

Kalau anda sudah lama dengan bank tersebut, manakala kedudukan kewangan baik, rekod pembayaran pinjaman sebelum itu baik maka anda akan dapat lebih dari apa yang anda cagarkan. Sebagai contoh, anda mencagarkan Fixed Deposit berjumlah RM10,000, kemungkinan besar akan dapat RM20,000 OD.

4. OD ni boleh dipohon oleh pelanggan individu ataupun syarikat.

5. Persamaan OD dengan jenis loan yang lain ialah kemudahan ini dikenakan Faedah. Faedah biasanya diletak berdasarkan BLR atau Base Lending Rate. BLR ini merupakan kos untuk bank memberi pinjaman kepada pelanggan mereka.

Oleh itu faedah keatas OD anda mungkin akan dinyatakan dalam bentuk :-
> Kadar faedah OD = BLR – 1.5%
> kalau BLR semasa ialah 5.55% maka
> Kadar faedah OD anda = 5.55% - 1.5% = 4.05%

Anda juga perlu ingat yang BLR boleh berubah dan jika BLR naik ke 7% maka
kadar faedah OD anda juga naik menjadi 5.5% (7% - 1.5%)

Sila semak juga kadar faedah OD itu dikira bagaimana, sama ada:-
1. Flat rate (Macam pinjaman kereta)
2. Monthly rate
3. Daily rate

Jenis-jenis rate diatas akan mengenakan faedah yang berbeza. Jadi, walaupun ketiga-tiga jenis kadar diatas adalah 7% setahun tapi pengiraannya berbeza. Kadar Flat rate adalah yang paling mahal.

6. OD juga boleh digabungkan dengan Pinjaman Perumahan (Housing Loan) - Sebagai contoh jika anda ambil pinjaman perumahan sebanyak RM100,000 dan anda sudah membayar sebanyak RM40,000 dan baki pinjaman sebanyak RM60,000 maka pihak bank akan memberi kemudahan OD sebanyak RM40,000. Itu juga, tertakluk kepada nilai pasaran rumah anda itu. Keadaan ini juga, bergantung kepada pihak bank kerana bukan semua bank menawarkan pinjaman sebegini.

7. Nilai pasaran cagaran anda boleh memberi kesan kepada OD anda - Jika anda gunakan asset tanah anda untuk mendapat OD sebanyak RM100,000 tetapi di masa hadapan nilai tanah anda jatuh dibawah RM100,000 maka jika anda sudah gunakan sepenuhnya nilai OD anda, maka anda perlu selesaikan perbezaannya.

Sebagai Contoh:
=> Amount OD diluluskan - RM100,000
=> Nilai pasaran cagaran - RM90,000
=> Jumlah OD yang anda sudah dan sedang anda gunakan sebanyak RM100,000
=> Jumlah hutang yang perlu anda bayar serta-merta kepada bank ialah Jumlah OD sudah digunakan ditolak jumlah cagaran iaitu RM100,000 - RM90,000.

Jika anda tidak menggunakan OD tersebut sehingga nilai maksima, kemungkinan bank akan turunkan jumlah OD yang boleh anda gunakan itu.

8. Permohonan untuk OD agak sama dengan pinjaman-pinjaman yang lain terutamanya jika anda menggunakan cagaran dalam bentuk hartanah seperti rumah dan tanah. Jika anda gunakan FD anda atau sijil ASB dan hanya mohon OD sehingga 100% nilai FD atau 95% nilai ASB anda. Tempoh permohonan adalah lebih cepat dan mungkin boleh terus diluluskan oleh Pengurus Bank cawangan anda memohon itu. Ini kerana OD anda itu mempunyai risiko yang terlalu rendah kepada bank. Bagi kemudahan OD yang digabungkan bersama pinjaman perumahan, anda mungkin tidak memerlukan permohonan baru kerana ianya diberi secara pakej dengan pinjaman perumahan anda itu.

9. Kadar feadah OD akan dikenakan kepada jumlah OD yang anda gunakan sahaja. Jika anda tidak gunakan sesuatu jumlah wang dalam OD tersebut, jadi tiada apa-apa feadah yang dikenakan.

10. Bagaimanapun kebiasaannya bank turut mengenakan Commitement Fee untuk jumlah OD yang tidak digunakan. Ini adalah kerana walaupun anda tidak menggunakannya tetapi bank telah pun 'standby' kan jumlah OD anda itu dan menunggu untuk anda gunakan.

11. Biasanya kadar faedah OD lebih rendah dari kadar faedah kalau anda gunakan kemudahan Cash Advance melalui Kad Kredit.

12. Kemudahan OD juga boleh mengelakkan dari anda mengeluarkan cek tendang sebab jika anda keluarkan cek RM10,000 tapi dalam akaun anda cuma RM8,000, baki RM2,000 yang masih tidak mencukupi itu akan secara automatik diambil dari kemudahan OD anda itu.

Peringatan!!! Kemudahan OD amat berguna jika kita tahu manfaatkanya. Tetapi jika salah guna ianya sama seperti penggunaan kad kredit di mana ianya boleh membebankan anda.

Kelebihan OD ini ialah ianya satu kemudahan standby facility dan jika tidak menggunakannya maka anda cuma perlu bayar sedikit sahaja fees untuk mengekalkan kemudahan ini. Jika anda sesak nafas dari segi kewangan dan memerlukan duit segera maka anda tidak perlu pening-pening kepala guna kad kredit atau lagi teruk pinjam dari Along.

BAB 6: Tier 1 BANK..(SUBTOPIC)

SALAM AND HAI, ok la..Rin nak share skit knowledge yang Rin perolehi dari my Financial Consultant mengenai Tier 1 bank.

Apa tue TIER 1 BANK?

Tier 1 Bank ialah bank2 yang memberikan produk2 yang bagus dengan kadar interest yang rendah dan menguntungkan pihak Bank-pelanggan (kita). Win-win Situation. Produk2yang bagus yang Rin maksudkan kat cini ialah

1)HOME LOAN
2)PERSONAL LOAN
3)CREDIT CARD

Kedudukan Bank2 ini mungkin berubah mengikut masa jika produk2 baru yang lebih bagus diperkenalkan oleh bank2 lain. Senarai Tier 1 bank mengikut kelompok ini telah dikaji oleh Financial Consultant Rin dan his associate and they come out dgn list below. Rin baru jumpa my financial consultant on 17/4/2010 yang lepas..ins'allah list Tier 1 Bank kat bawah nie still valid,ins'allah. ;p.

HOME LOAN
1)HSBC-Smarthome ( Daily rest)-Foreign bank
2)CIMB Flexi Home (Daily rest)-Local Bank
3)AmBank Homelink (Daily Rest)-Foreign bank
4)Public Bank-Smarthome (Daily rest)-Foreign Bank
5)Eon Bank-link (monthly rest)

* Kalu dah try 4 bank kat atas tak berjaya..then boleh choose Eon bank yang menggunakan calculation monhtly rest. IT BETTER dari mengambil FLAT RATE 4% yang biasa dikenakan ketas kakitangan awam jika mengambil pinjaman perumahan.

PERSONAL LOAN

1) Bank Rakyat
2) Bank Islam
3) BSN
4) PUBLIC BANK /CIMB
5) AGRO BANK
6) MBSB

Bank rakyat memang tidak dinafikan untuk personal loan memang Champion kerana boleh memberikan kadar interest yang sangat rendah iaitu 3.1%. Bankk Rkayat dan Bank islam menjuarai carta Tier 1 Bank untuk personal loan kerana both of this bank akan memberikan REBET jika pelanggan membuat FULL SETTLEMENT sebelum jangkamasa pinjaman tamat.

Rin nak share kisah Rin sendiri, waktu kerja kat UiTM shah alam dulu, Rin ada wat pinjaman 20K dengan bank islam untuk investment dlm saham internet (JGN IKUT CARA RIN.. PLEASE!!), maklumla waktu tue muda and eager nak cepat kaya tanpa berfikir panjang..Jumlah pinjaman termasuk interest ialah 30K. Setelah membuat skim potongan gaji selama 1 tahun 6 bulan dengan Bank islam, Rin ada rezeki lebih and nak wat full settlement. Rin dah calculate yang total berbaki ialah 24K yang perlu diselesaikan. Setelah membuat permohonan untuk Full settlement dan mendapat jawapan 2 hari kemudian, Rin terperanjat sgt bila mendapati Rin hanya perlu membayar 14k untuk Full settlement dan Rin mendapat 10K REBET dari Bank Islam.

CREDIT CARD

1) Hong leong Essentials
2) Hong leong Bank Business card - untuk businessman sahaja
3) Al-Raji bank-charge/cash card
4) Bank Islam credit card
5) BSN Al Aiman
6) Bank Rakyat credit card

Credit card nie dipilih terutama mengambil kira nilai charge yang rendah untuk pengeluaran cash advance kerana mostly kadar interest credit card ialah 1.5% dari baki tertunggak selepas MINIMUM PAYMENT di langsaikan. Sebab itu, dinasihatkan untuk kita membuat FULL PAYMENT untuk mengelakkan dikenakan inerest 1.5% dari baki tertunggak, ;p.

Hope sedikit info dari Rin ini dapat membantu viewer membuat keputusan yang bijak dalam memilih setiap produk yang ditawarkan oleh mahkluk paling kaya di muka bumi ini iaitu BANK.

BAB 6 : Mcmana cara untuk mengelak daripada dikenakan high interest?



Salam, hai kita jumpa lagi, ;p. Tengok gambar kat atas tue..seksa kan kartoon tue nak bawa bebanan hutang kat belakang bdn dia..tapi hutang tetap perlu diselesaikan wlau apa cara sekali pun,;p.

Ok, today Rin would like to share cara kita nak lighten up our burden in manage all our debt with BANK. Persoalan nya sekarang,
1) how kita nak mengurangkan beban hutang tue? Jawapan nya adalah dengan MEMBAYAR HUTANG TERSEBUT.
2) Hutang akan lebih cepat selesai dibayar sekiranya jumlah hutang itu tidak banyak dan pembayaran nya dibawah kawalan kita.
3) How untuk mengecilkan jumlah hutang ini? Jawapan nya dengan MENGURANGKAN JUMLAH FAEDAHNYA!!

We all know that terdapat EMPAT (4) JENIS FAEDAH yang dikenakan oleh pihak Bank ke atas pinjaman kita. Jadi sebagai pengguna yang bijak, kita perlu memastikan bahawa Faedah yang dikenakan didalam bentuk KADAR HARIAN ( KADAR plg rendah interest BLR+1.5%). Tidak dinafikan agar sukar untuk memperolehi produk yang di tawarkan oleh pihak bank didalam dengan pengiraan kadar harian tetapi itu tidak bermakna kita perlu mengalah..KITA YANG MENENTUKAN HALATUJU KEWANGAN KITA, ;P.

Mari kita renungkan seketika..2 situasi ini..

1) Dalam pembelian rumah idaman kita, tiada pihak yang boleh memaksa kita mengambil pinjaman perumahan dengan kadar interest MONTHLY REST sedangkan terdapat pihak bank seperti HSBC/CIMB yang menawarkan produk home loan menggunakan pengiraan faedah DAILY REST!!.

2) Tiada siapa yang boleh memaksa kita membeli sebuah kereta dengan menggunakan FLAT RATE, jika kita mampu membayar mengunakan OVERDRAFT yang dinterest nya di kira pada kadar DAILY REST!!..

RENUNG2 KAN DAN SELAMAT BERAMAL..( DARI RADIO ERA..HEHE)..

Wednesday, May 12, 2010

BAB 5 : ANGGARAN KADAR SEBENAR YG DIKENAKAN KE ATAS PEMINJAM..JOM KIRA.

JOm kita tengok impact ke atas setiap interest ( FLAT RATE /YEARLY REST/MONTHLY REST/DAILY REST) IF pinjaman kereta bernilai RM50,000, interest 5%, selama 9 tahun.

a) FLAT RATE

50,000 X 5% X 9 years = 32,500 ( total interest), (45% dari total pinjaman).

Total pinjaman = 50,000 + 32,500
= 82,500
Monthly payment = 82,500/ 108 bulan ( 9 years)
= RM 672.00 MONTHLY.


b) YEARLY REST

kadar tahunan di kira based on baki keseluruhan pinjaman setiap tahun.

50,000 x 5% dan 672 monthly..dengan pengiraan YEARLY REST..
1) tempoh masa pinjaman hanya selama 7 tahun 8 bulan
2) Jumalh pinjaman RM61,414 berbanding RM82,500 untuk FLAT RATE.
3)Total interest yang perlu di bayar hanya RM 11,414 (22.8% DARI TOTAL pinjaman.)

c) MONTHLY REST

Pengiraan kadar bulanan adalah dikira berdasarkan kepada hutang keseluruhan pada akhir setiap bulan.

50,000 x 5% dan 672 monthly..dengan pengiraan MONTHLY REST..
1) Tempoh masa pinjaman diselesaikan dlm masa 7 tahun 4 bulan.
2) Jumlah kesluruhan pinjaman sebanyak RM59,136.00.
3) Total interest yang perlu dibayar ialah RM9136, (18.2% dari total pinjaman)

d) DAILY REST
Kadar harian pula digunakan kebanyakannya menerusi pinjaman OD
( we made payment using OD)

50,000 x 5% x 30/365 = RM205.48 ( Pengiraan faedah)- Daily rest
50,000 x 5% x 1/12 = RM208.33 ( Pengiraan faedah)-monthly rest

Penjimatan RM2.85 dapat di kutip dengan mengunakan pengiraan DAILY REST.

* Perbezaan ketara diantara monthly rest dan Daily rest ialah pembahgagi (DENOMINATOR) yang digunakan. Monthly rest denominator 1/12 digunakan sedangkan untuk daily rest 30/365 digunakan.

*Moga2 kita lebih bijak dlm menguruskan kewangan kita selepas ini, ;p.

(salam sayang dari RIN. ceria selalu).

Bab 4: TYPES OF INTEREST..

Tugas UTAMA bank adalah memberi pinjaman kepada pelanggannya. Perbezaan antara faedah yang diberikan kepada penyimpan wang dan faedah pinjaman yang dikenakan adalah sumber keuntungan pihak bank, di samping pelbagai caj perkhidmatan lain.

( faedah pinjaman yg dikenakan oleh bank ketas pminjam - faedah yg diberikan kepada penyimpan di bank = KEUNTUNGAN BANK

TERDAPAT 4 JENIS INTEREST SECARA KHUSUS DI SEMUA BANK..

1) FLAT RATE ( kadar tetap)
Kadar ini biasa digunakan untuk pembiayaan kereta atau motor.

2) YEARLY REST
Kadar ini sering digunakan untuk pengguna membeli barangan seperti barangan elektrik / perabot ( IKEA / LORENZO )

3) MONTHLY REST
Kadar ini biasanya digunakan untuk pinjaman perumahan oleh local Bank.

4) DAILY REST
Kadar ini secara khusus digunakan didalam pengiraan OVERDRAFT (OD) dan pinjaman perumahan biasanya oleh foreign Bank ( HSBC /public bank /ambank).

Diantara 4 jenis interest ini, YANG PALING BAGUS dan MENGUNTUNGKAN KITA ialah DAILY REST, nanti RIN akan bagikan contoh pengiraan yea. ;p.

Pihak bank paling suka FLAT RATE kerana ia lebih menguntungkan mereka.

Kebanyakan pengguna lebih menyukai FLAT RATE kerana MUDAH DI FAHAMI..sedangkan secar jelas kita telah di tipu oleh mahkluk paling kaya di muka bumi ini iaitu BANK. Jadi FIKIR2 KAN YEA, ;p.

ok, jom kita tengok..tools yang di provide by BANK nowdays..menggunakan interest yang mana brapa pula kadar effective nya? Kadar effective yang paling rendah bermakna menguntungkan kita sebgai customer dan merugikan BANK sebgai mahkluk paling kaya di muka bumi ini, ;p.

1) Kad kredit - kadar harian tetapi kadar faedah 1.5% sebulan dari jumlah baki yang tinggal selepas minimum payment di jelaskan ..merugikan kita sebagai pengguna.

2) Pinjaman peribadi- kadar tetap tahunan 7.0%.

3) Sewa beli kenderaan-Kdar tetap tahunan 4.0%

4) Pinjaman perumahan - Kadar faedah bulanan 8.0% (foreign bank ada yg bagi daily rest)

5) Overdraf - kadar faedah harian, BLR+1.5%

* BLR ( Rin cari dari internet maklumat nie)

What is the Base Lending Rate (BLR)? Base Lending Rate (BLR) is a minimum interest rate calculated by financial institutions based on a formula which takes into account the institutions cost of funds and other administrative costs. The BLR is almost always the same amongst major banks. Adjustments to the BLR are made by banks at the almost same time; although, the BLR does not adjust on any regular basis. The BLR is usually adjusted at the time in correlation to the adjustments of the Overnight Policy Rate (OPR) which is determine by Bank Negara Malaysia (BNM) during Monetary Policy Meeting. Banks in some countries use the name "Prime Rate" or "Prime Lending Rate" to refer to their Base Lending Rate. On 1 November 1995, Bank Negara Malaysia (”BNM”) imposed a ceiling on the BLRs quoted by banking institutions. The ceiling rate would be determined by a formula. This framework was further revised on 1 September 1998 to enhance the speed of transmission of changes in BNM’s monetary policy (via revisions to intervention rate and SSR) to changes in the economy’s interest rate levels.

In general, the formula for the ceiling BLR is calculated as follows:

Ceiling BLR = Adjusted BNM Intervention Rate + Fixed administrative charge

The ceiling BLRs for commercial banks and finance companies are fundamentally different due to the way the Adjusted BNM Intervention Rate is interpreted:

For commercial banks, the Adjusted BNM Intervention Rate = BNM Intervention Rate x 80% / (1-SRR%)
For finance companies, the Adjusted BNM Intervention Rate = BNM Intervention Rate /
(1-SRR%)

Commercial banks have a lower Adjusted BNM Intervention Rate (compared to finance companies) resulting in lower ceiling BLR as commercial banks have a relatively lower cost of funds. This is due to the presence of zero-interest current account balances.

In practice, the BNM Intervention Rate is taken as the prevailing BNM 3-month intervention rate (the previous month’s average KLIBOR was formerly used). BNM set the fixed administrative charge at 2.50% initially, but on 1 September 2008 lowered it to 2.25% in order to promote greater operational efficiency among banking institutions. Whenever BNM changes the intervention rate or the SRR, banking institutions are given 1 week to adjust their BLR to comply with the new ceiling.


Last Reported BLR : 5.80% (Effective Since 9 March 2010)

BAB 3 : How pihak bank membuat penilaian kredit??

salam and dear viewer, before RIN cit-cat lebih panjang dlm blog nie..Rin would like to ask..Makhluk apakah yang paling kaya di dunia nie? jawapan nya BANK. All this while, Bank provided us all kind of tools ( credit card/personal loan etc2) to make profit or take an advantage on us because our lack of knowledge in the banking system; now Rin rasa dah tiba masanya untuk kita be celik knowledge in Banking system agar kita tak terus dibuli oleh makhluk paling kaya di Muka bumi ini..setelah kita penat bekerja untuk mencari rezeki yang halal for our family,;p.

If we submit personal loan or home loan, we always hope that our application akan lulus kan, today Rin nak share tips2 how bank wat penilaian kredit on us selepas membuat semakan dengan CCRIS tentang history financial flow kita.

Asas penilain kredit pihak bank berdasarkan 5C

1) Character ( siapa bakal peminjam?)

Pada dasarnya ia menilai kredibiliti ataupun kekayaan seseorang. Di nasihatkan semasa kita apply for personal loan kita dinasihatkan untuk menyediakan dokumen sokongan yang banyak seperti simpanan ASB, ASW,SAVING ACCOUNT..untuk menunjukkan kita banyak wang.

2) Collateral ( cagaran/sekuriti?)

Cagaran ini lebih kepada property sperti tanah. Saya nasihatkan untuk cagaran..lebih prefer berkerjasama dengan foreign bank seperti HSBC/PUBLIC BANK berbanding local bank..bank kepala rimau /cimb. apapun, keputusan di tangan anda,;p.

3) Capacity ( keupayaan bayar balik)

Keupayaan membayar balik kebiasaannya adalah antara 30-50% jumlah pendapatan kasar seseorang bagi setiap bayaran bulanan.

4) Conditions ( syarat2)

Syarat2 yang telah pihak Bank tetapkan didalam agreement perjanjian.

5) Capital ( modal) - ini biasanya untuk pinjaman perniagaan.

* It just nota kaki sahaja- i would like to share this with all viewer. U all ada buat loan dengan bank kepala rimau tak ( Mybank) ?..tak kisah la car loan /home loan/personal loan. Rin sendiri pun ada..i have car loan with this bank. Dulu tak der ilmu pasal financial nie..Rin byk belajar dari kesilapan yang Rin buat/ pembacaan mengenai finance/attending seminar about finance and share knowledge dgn orang2 bijak dlm pengurusan kewangan. ok..back to track, if ada pinjaman gan bank kepala rimau nie..biasanya pembayaran bulanan sebgai contoh RM664.00 untuk car loan. If bayar through cash deposit..kita akan bnk in RM670 right? coz cash deposit tak akan terima RM4. If we gone through agreement yang kita sign dgn bank kepala rimau nie..kita akan dapati 1 clausa menyatakan if customer pay lebih dari amount yang ditetapkan..in my case EXTRA RM6 monthly for my car loan, that money akan di simpan di dalam TABUNG PENALTY dan when customer nak full settlement, customer akan di kenakan certain amount of denda kerana membayar lebih dari yang sepatutnya. Think wisely..by end of the day..sapa jugak kena buli..bukan kita ka?? ingatkan bayar extra boleh short kan period pembayaran..rupanya kena denda lagi..jadi FIKIR2KAN LA..

Bab 2 : PENGHAPUSAN HUTANG-SUBTOPIC..

Salam and dear viewer, arinie Rin akan sambung sedikit sahaja lagi mengenai BAB 2:PENGHAPUSAN HUTANG before Rin proceed ke Bab seterusnya iaitu Bagaimana bank membuat penilaian kredit ke atas kita.

Rin dah share skit knowledge how kita nak check status kita dlm CCRIS and CTOS. Arinie Rin nak share skit, teknik2 yang boleh kita implement untuk penghapusan hutang. Langkah-langkah yang Rin fikir perlu dilakukan sekiranya kita hendak menghapuskan hutang2 ialah

1) Penstrukturan semula hutang-semua hutang perlu disenaraikan.

a) home loan
b) Personal loan
c) Insuran
d) PTPTN
e) Car loan

Setelah disenaraikan semua hutang2 disenaraikan, jumlah RM yang perlu dibayar setiap bulan MESTI kurang 60% dari jumlah gaji bersih kita setiap bulan. Sekiranya jumlah pembayaran hutang melebihi 60% dari gaji bersih setiap bulan..itu penanda aras menunjukkan money flow "sakit" dan perlu berjumpa dengan personal financial adviser untuk penstrukturan semula hutang dengan teknik2 yang lebih berkesan.

2) Para viewer juga boleh menggunakan teknik BOLA SALJI..dimana senaraikan semua hutang bermula dari yang paling rendah nilai nya hingga kepada nilai yang paling besar. Kemudian selesaikan bermula dari hutang yg paling kecil hingga ke hutang yang paling besar dengan cara overlap personal loan yang lama or refinancing rumah atau overdraft method.

Monday, May 10, 2010

BAB 2 : PENGHAPUSAN HUTANG,sub topic..

Ok..how to check samada nama kita dlm system ccris or not? if kita apply personal loan..application kita kena reject dan pihak bank memberitahu yang kita CCRIS..IT CLEAR. Tapi, bagaimana untuk yang samar2 tentang kedudukan mereka samada CCRIS or not? ok..ikuti langkah berikut

1) Call talian bebas tol BANK NEGARA, 1-300-88-5465. ( AMBIL PENYEMAKAN STATUS CCRIS)

2) Anda kan berinteraksi dengan pegawai credit bank negara, dan anda boleh meminta mereka menyemak status anda dengan bank ( biasanya dengan bank yang kita ada buat pinjaman) samada CCRIS atau tidak.

BAGAIMANA UNTUK "CLEARKAN" DIRI DARI CCRIS?

1) Anda perlu kenal pasti bank yang anda mempunyai rekod CCRIS dengan mereka (CIMB/MAYBANK/BANK RAKYAT ETC2)

2) Anda perlu membuat full settlement untuk jumlah hutang anda.

3) Anda perlu ke bank negara untuk pelepasan dari CCRIS.
(setelah membuat full settlement)

* Hanya selepas nama anda lepas dari CCRIS or CTOS, permohonan kredit anda seprti personal loan / home loan etc2 akan dipertimbangkan oleh pihak bank dan tidak akan ditolak mentah2.

BAB 2 : PENGHAPUSAN HUTANG ( DEBT RIDDEN)

Di Malaysia, sistem penyemakan hutang dan penyenaraian hitam dikendalikan oLEH BANK NEGARA MALAYSIA yang dipanggil CCRIS ( credit checking reference institutional system).
Satu lagi bentuk semakan biasa di Bank-bank adalah menerusi CTOS. Ia menjelaskn kedudukan atau taraf kebankrapan seseorang.

Kedua-dua sistem ini adalah cekap dan agak mustahil untuk dibolosi.

Semakan Kredit CCRIS di Biro Kredit
Sumber : Bank Negara Malaysia


Untuk pengetahuan semua, apabila anda memohon pinjaman dari sesebuah institusi kewangan terutamanya bank dan syarikat refinance, mereka akan melaksanakan proses penilaian kredit ke atas anda. Ianya adalah satu penyemakan latar belakang mengenai sejarah kredit terhadap bakal peminjam sebelum keputusan pemberian pinjaman dibuat.

Semakan dibuat melalui Biro Kredit di Bank Negara Malaysia menggunakan sistem yang dipanggil CCRIS.
Antara maklumat yang dikumpulkan adalah butir maklumat peribadi anda spt nama, nombor i/c dan alamat, serta butir terperinci akaun kredit anda, seperti jenis kemudahan kredit/pinjaman yang anda ada, had kredit,baki belum jelas,pengendalian akaun dan status undang2.

Sebagai contoh:
Jika anda mempunyai baki tertunggak pinjaman kereta 3 bulan. Ini akan memberi kesan kpd semakan kredit CCRIS anda, dimana jumlah bayaran tertunggak ini akan "timbul" sebagai satu rekod pembayaran yang tidak elok.
Walaupun anda selesaikan bayaran 3 bulan yang tertunggak itu sekaligus, rekod pengendalian akaun anda akan tetap menunjukkan anda pernah tidak bayar penjaman kereta untuk 3 bulan.

Dalam erti kata lain, semua maklumat ini ada direkodkan dan semuanya diberi kepada institusi kewangan berkenaan untuk membantu membuat keputusan samada untuk meluluskan pinjaman atau tidak.

Sistem CCRIS atau Biro Kredit tidak memberi pendapat terhadap semakan kredit seseorang. Sebaliknya hanya memberi maklumat kredit sebagai rujukan bank berkenaan. semua keputusan samada untuk meluluskan pinjaman,bergantung kepada polisi dan budi bicara bank tersebut.

Jadi, jagalah rekod pembayaran pinjaman anda dengan baik supaya ia memudahkan pengurusan kewangan anda di kemudian hari

Diharap maklumat ini dapat membantu anda memahami mengapa pihak bank agak strict sejak akhir-akhir ini dalam meluluskan apa jua permohonan pinja

Maklumat lanjut berkenaan biro kredit boleh didapati di
http://creditbureau.bnm.gov.my/

Mengenai CTOS pula, anda boleh menyemak kedudukan anda (self checking) or company anda (company checking) di www.ctos.com.my, terdapat 1 borang di dalam website tersebut untuk anda dowload.

1) login to www.ctos.com.my
2) download checking foam
3) photocopy IC - 1 copy
4) Ambil surat sumpah dari suruhan jaya sumpah
5) Pos kan borang ke ctos office yang address nya boleh diperolehi di website di no.1
6) after certain period of time, pihak CTOS akan send us back a letter to tell us about our status in CTOS system.

BAB 1 :PERANCANGAN KEWANGAN-SUBTOPIC

Kesan Inflasi dalam Perancangan Kewangan

Perancangan kewangan yang sempurna menumpu 5 aspek pengurusan kewangan, iaitu:

1. Perancangan Cukai
2. Perancangan Insurans
3. Perancangan Selepas Bersara
4. Perancangan Hartanah/Harta
5. Perancangan Pelaburan

Tetapi, tahukah bahawa musuh utama dalam mencapai matlamat kewangan kita adalah INFLASI? Kesan inflasi ini boleh menyusutkan nilai simpanan untuk masa depan.Berikut adalah contoh kiraan kadar inflasi mengikut nilai masa tertentu. Merujuk pada contoh diatas, ia memberi gambaran, jika tabungan anda tidak berkembang dengan baik melalui pelaburan yang dipilih secara teliti & terperinci, tentunya nilai wang simpanan RM10,000 anda itu akan habis dikikis oleh keadaan inflasi. Maka, baki yang tinggal hanya bernilai RM4,563 selepas 20 tahun pada kadar inflasi sebanyak 4%. Persoalanya sekarang, berapakah jumlah wang yang anda perlukan untuk memenuhi keperluan hidup anda pada 20 tahun masa akan datang dengan keadaan inflasi sekarang ini? Adakah nilai simpanan anda sudah mencukupi untuk memenuhi kehendak hidup anda itu?Oleh yang demikian, mulai sekarang, mulalah mengawal kewangan peribadi anda dengan menyediakan belanjawan secara terperinci. Senaraikan semua pendapatan dan perbelanjaan serta hutang-hutang anda. Bahagikan perbelanjaan anda kepada yang penting dan yang tidak penting. Mulakanlah dengan menyimpan wang anda secara konsisten. Tetapkan matlamat kewangan anda untuk jangka masa pendek dan jangka masa panjang, dan jangan lupa ganjaran untuk diri sendiri. Kawal wang anda dengan baik– jangan biarkan wang anda mengawal anda sendiri. Jika perlu, dapatkan bantuan penasihat kewangan atau perancang kewangan
yang bertauliah.

BAB 1:PERANCANGAN KEWANGAN-SUB TOPIC

5 Langkah Perancangan Kewangan Anda

Terdapat 5 langkah mudah dalam Perancangan Kewangan kita, iaitu:

1. Pastikan Impian Hidup.
Senaraikan impian hidup anda dan anggarkan berapa banyak wang yang anda perlukan untuk mencapai impian anda itu.

2. Pertimbangkan Keadaan Kewangan Anda.
Buat semakan terperinci keperluan kewangan, tanggungan dan hutang anda. Ini perlu dilaksanakan untuk memastikan bahawa anda mempunyai wang yang cukup untuk melabur.

3. Tetapkan Sasaran Kewangan.
Buat sasaran kewangan yang munasabah untuk anda. Pastikan sasaran kewangan yang anda tetapkan itu mempunyai tempoh yang sesuai. Jika anda tidak mempunyai wang banyak untuk melabur, janganlah berputus asa. Seharusnya anda perlu bersabar serta memberi tumpuan untuk melabur sedikit demi sedikit serta pelaburan itu perlu dilakukan secara konsisten. Bak kata pepatah " sikit-sikit lama-lama mejadi bukit".

4. Pilih Strategi Pelaburan dan Produk Pelaburan Yang Sesuai.
Dalam melakukan sesuatu pelaburan, semakin tinggi pulangan yang dijanjikan kepada anda, ini bermakna semakin tinggi risiko yang perlu anda hadapi. Oleh yang demikian, anda perlu memilih produk pelaburan yang selari dengan tahap risiko yang sanggup anda hadapi.

5. Memantau Perancangan Kewangan Anda.

Semak perancangan kewangan anda selalu dengan memastikan samada terdapat apa-apa perubahan terhadap keperluan, tanggungan dan pelaburan anda. Ini membolehkan anda membuat perubahan yang sewajarnya terhadap cara anda berbelanja, menyimpan dan melabur.

BAB 1: PERANCANGAN KEWANGAN..SUB2 TOPIC

Siapa yang memerlukan Perancang Kewangan?

Perancang Kewangan? secara tidak langsung bunyi macam "gempak" bagi sesetengah orang, tetapi ada juga yang berpendapat, “ellehh! aku tak perlu perancang kewangan lah - bunyi macam ego pula...” terutama bagi mereka yang berfikir bahawa perancang kewangan itu adalah untuk golongan-golongan yang berpendapatan tinggi, banyak duit dan kaya sahaja. Tetapi, benarkah begitu? Jika tidak, siapa sebenarnya yang perlu Perancang Kewangan itu?Malah, ramai juga yang menyatakan bahawa mereka tidak perlu melantik seseorang perancang kewangan kerana mereka boleh merancang kewangan mereka sendiri. Tetapi, sebenarnya mereka tidak sedar bahawa untuk merancang kewangan, mereka bukan sahaja merancang tetapi perlu mengetahui ilmu-ilmu perancangan kewangan yang sebenar.Tambahan pula, kebanyakan orang tidak mempunyai ilmu perancangan kewangan yang betul dan mereka ini mempunyai pemikiran kewangan yang cetek. Malah, mereka juga gagal untuk merancang kewangan sendiri. Tambahan pula, mereka suka bertangguh untuk merancang kewangan mereka. Bagi yang telah merancang pula, mereka gagal membuat pelan yang effektif dan bertepatan dengan diri mereka. Ini disebabkan mereka kurang berpengetahuan dalam merancang kewangan dan tidak tahu alat-alat yang bersesuaian untuk mereka gunakan untuk pelan kewangan mereka.Bak kata orang lama...kalau mahu membuat rumah, kita memerlukan alat-alat seperti tukul, gergaji, pahat dan lain-lain alat tukang…manakala jika kita mahu baiki kereta, kita perlukan alat-alat seperti spanner, jack, screwdriver dan sebagainya…..Begitu jugalah kalau mahu merancang kewangan atau membina kekayaan, sudah semestinya kita memerlukan peralatan kewangan yang betul dan sesuai dengan matlamat kewangan diri kita itu.Bagi golongan yang kurang arif dalam merancang kewangan, mereka sebenarnya memerlukan seorang perancang kewangan bertauliah yang boleh membuat pelan kewangan yang bersesuaian dengan situasi ekonomi sekarang dan keadaan kewangan seseorang.

Berikut adalah beberapa golongan yang memerlukan seorang perancang kewangan untuk membimbing mereka dalam mencapai matlamat iaitu bebas dari masalah kewangan dan dapat mencapai apa yang diimpikan untuk masa depan.

1. Fresh graduate yang baru mulakan langkah ke alam pekerjaan
2. Mereka yang bercadang untuk berkahwin & berkeluarga sendiri.
3. Mereka yang terperangkap dalam bebanan hutang yang banyak.
4. Mereka yang ingin memaksimakan simpanan mereka.
5. Menambah harta.
6. Golongan yang akan bersara, akan hidup tanpa bekerja dalam tempoh masa yang lama.7. 7.Golongan yang baru bersara dan dapat duit KWSP.

Secara amnya, perancangan kewangan membabitkan pandangan menyeluruh mengenai kedudukan kewangan sendiri yang meliputi pelbagai sudut pengurusan kewangan dan harta, dan kemudian melalui proses langkah demi langkah untuk mengatasi masalah kewangan serta mencapai matlamat kewangan.

BAB 1 :PERANCANGAN KEWANGAN

Apa Sebenarnya Perancangan Kewangan Itu?Istilah "Perancangan Kewangan" lazimnya agak "menggerunkan" sesetengah orang, terutama mereka yang berfikir bahawa perancangan kewangan adalah untuk mereka yang berpendapatan tinggi dan kaya sahaja. Tetapi, benarkah begitu? Jika tidak, apa sebenarnya?

Secara amnya, perancangan kewangan membabitkan pandangan menyeluruh mengenai kedudukan kewangan sendiri yang meliputi pelbagai sudut pengurusan kewangan dan harta, dan kemudian melalui proses langkah demi langkah untuk mengatasi masalah kewangan serta mencapai matlamat kewangan.

Apa yang Termasuk dalam Perancangan Kewangan? Berikut ialah sebahagian elemen dalam perancangan kewangan

1)Pengurusan Aliran TunaiYang akan membabitkan:
*Menilai nilai bersih kewangan yang ada sekarang (apa yang dimiliki ditolak hutang yang sedia ada).Secara amnya akan menunjukkan kepada anda sama ada anda bakal menikmati kebebasan kewangan atau mengalami masalah kewangan.
* belanjawan
* menghapuskan hutang
* membuat tabungan.

2) Perancangan Pelaburan
Setelah anda menentukan jumlah wang yang ingin ditabung, anda patut menimbangkan pula di mana hendak melaburkan wang itu dengan matlamat untuk mendapat pulangan lebih tinggi dibandingkan dengan akaun simpanan yang biasa. Satu strategi pelaburan perlu dibentuk supaya anda mendapat kejayaan besar dalam mencapai matlamat kewangan anda.

3) Perancangan Insurans
Pastikan supaya semua aset dan keluarga anda dilindungi oleh insurans secukupnya.

4) Perancangan Cukai
Perancangan cukai membabitkan semua orang yang mempunyai pendapatan, namun ini yang selalu tidak diambil berat atau dilupakan oleh kebanyakan orang. Oleh itu, perancangan cukai membabitkan strategi untuk menikmati yang terbaik daripada pendapatan, saham, harta tanah dan harta lain yang anda miliki, bawah sistem cukai tempatan.

5) Perancangan Persaraan
Anda tidak akan bekerja sepanjang hayat. Apabila tanda-tanda usia meningkat sudah bermula atau anda telah mencapai usia mesti bersara, anda terpaksalah bersara. Oleh itu, amat mustahak mempunyai pelan kewangan.

6) Perancangan Harta
Mempunyai perancangan harta atau wasiat dapat memastikan kehendak anda terhadap kedudukan masa hadapan keluarga akan dilaksanakan. Selain itu, perancangan harta atau wasiat dapat menyediakan kedudukan kewangan yang kukuh untuk keluarga anda, memastikan harta anda terpelihara dan diberikan kepada waris-waris anda, serta mengelakkan perselisihan antara ahli keluarga.

Akhir sekali, pelan kewangan yang kukuh sepatutnya bukan sekadar membeli satu pelan insurans atau unit amanah sahaja, tetapi perlu merangkumi keempat-empat kunci utama membina kekayaan iaitu, pengumpulan harta, pengurusan harta, perlindungan harta dan pengagihan harta.

TEACHING PLAN..

SALAM and hai to all my viewer, tajuk kat atas tue mcm lecturer notes kuliah plak,hehe. Bukan apa..RIn just nak bagitau subtapoic yang RIN plan nak discuss kat cni..kalu tak tercover..minta maaf eak. Planning jer..terlaksana or not..we strive to cover it k. Diantara topic2 yang Rin plan nak discuss about money management gan viewer semua ialah

1) PERANCANGAN KEWANGAN

2) PENGHAPUSAN HUTANG

3) HOW PIHAK BANK WAT PENILAIAN KREDIT?

4) TYPES OF INTEREST?

5) ANGGARAN KADAR SEBENAR YANG DIKENAKAN KEATAS PEMINJAM?

6) HOW TO MENGELAKKAN DIKENAKAN FAEDAH YANG TINGGI?

7) PLATFORM?

8) PENGGUNAAN CARD CREDIT?

9) HOME REFINANCING.

salam perkenalan..

salam to all viewer yg sudi singgah to my blog. hai and thank you so much..coz sudi view my blog yg xseberapa nie. Before i go further, elok rasanya saya perkenalkan diri saya..u can call me rin..family and best friend call me ateh. i'm 29 years old..and bertugas as pendidik di salah sebuah IPTA di negara kita nie.i create this blog to share with viewer tentang sedikit sebanyak mengenai money management. Di Malaysia kita mendapat pendidikan secara formal dlm bidang pendidikan from sekolah rendah to University to be Professional..like Doctor,lawyer,engineer and so on..supaya this job can be our earn of living ( mata pencarian) selagi kita bernafas di atas muka bumi nie..tetapi all of us tidak diajar few thing that for me..very important skill in life..about money,

1) money management..

2) money tools..that provided by bank..( credit card / personal loan / home loan/pindahan baki/Over draft and so on..)

most of us..all this while..dibuli oleh bank because we stupid in term of manage our money and how to utilize all the tools that provided by bank..so we can get maximum return. We become victim of the circumstances not because we're stupid but because we don't have the KNOWLEDGE about it. Rin juga dulu takder ilmu mengenai money manegement..i made a lot of mistake in my money management (MM). Rin pernah spend RM8k with my card credit just in 1 day kat shopping Mall. Rin pernah pinjam bank sebanyak RM30k untuk membuat investment dalam saham internet..untuk cepat kaya dan the bisggest mistake..bila Rin pinjam RM200K dari 2 locak bank untuk invest dalam sebuah syarikat melayu, NORADZ TRAVEL & SERVICES SENDIRIAN BERHAD..untuk perniagaan sewa beli kereta dengan badan2 kerajaan. Rin invest 20 biji kereta sewa dan pulangan yang dijanjikan RM250 setiap kereta untuk setiap bulan selama 5 tahun. Rin hanya sempat merasa pulangan investment Rin dlm noradz nie 1x sahaj pada bulan 7/2008 sebanyak RM5K dan selepas itu syarikat ini ditahan oleh pihak berkuasa kerana terlibat dengan kegiatan skim cepat kaya. Rin terduduk waktu tue..hutang keliling pinggang..alhamdulillah..family byk support Rin dari segi emosi dan financial..tapi my mum nak Rin blaja sendiri to settle my debt sebayak rm200K dengan bank yang rin ikat selama 10 tahun dengan byran RM1200k monthly. Alhamdulillah, selepas Rin bykkan membaca buku finance,seminar finance and perjumpa financial advisor..Rin dapat selesaikan hutang Rin sebanyak RM200k dlm masa 1 tahun ( saya jimat 9 tahun)..ins'allah..Rin will share my knowledge yg sgt2 sedikit..umpama setitis air jer nie gan all my viewer, ;p. Rin percaya, EXPERINCE IS THE BEST TEACHER.

so i'm here..to share with all my viewer..my knowledge yg sgt2 sedikit dlm money management and money tools ( coz i pun in a learning process too)..and i harap this sedikit input will be my sedekah amal jariah kerana sedekah didalam islam selain dari harta, boleh juga dilakukan melalui perkongsian ilmu yang bermanfaat.

i hope all my viewer akan berlapang dada membaca my blog and we can share all knowledge about money here, in my blog..and please don't be hesitate to comment or add input or correct me if i'm wrong.

salam ukhuwah from me..irinah. ENJOY..;p