Public Mutual BUKAN SUATU SIMPANAN. Ia merupakan satu bentuk pelaburan dalam saham amanah. Jika Sdri beli harini dan berhasrat mendapatkan balik duit Sdri(samada untung atau rugi) ia memerlukan "tempoh bertenang" selama 2 minggu. Dengan lain perkataan, bukan seperti ASB masuk harini, sebentar lagi boleh dikeluarkan kesemuanya, sdri perlu menunggu 2 minggu sebelum mendapat CEK hasil penjualan saham amanah Public Mutual sdri. Selain drpd itu ASB adalah suatu produk saham amanah yang digerenti modalnya tak kurang RM1.00(dollar to dollar). Manakala Public Mutual pula tidak menjanjikan apa2, dengan kata lain, ianya akan turun-naik. Yang pasti sebaik Sdri membeli Public Mutual, Sdri akan kehilangan modal tak kurang RM0.05(5 sen) akibat "fee" belian.
Selain drpd "entrance" fee, ada juga fee yg lain yg dikenakan ke atas para pelabur. Antaranya adalah "maintenance fee", "management fee" dan "exit fee". Jumlahnya bergantung kepada "fund" yang berkenaan. Pelaburan saham amanah termasuk Public Mutual banyak berkait kepada pasaran saham, bergantung kepada jenis bentuk pelaburan sesebuah "fund", ada juga "fund" yg menfokuskan pasaran saham luar negara. Pelaburan saham amanah ada risiko. Rata-rata unit saham amanah Public Mutual memberi pulangan kurang drpd 8%(lapan peratus). Suatu ketika dulu ramai yg menjerit dan terkedu kerana banyak pelaburan EPF mereka yg dilaburkan di unit amanah hilang nilai. Mana tidaknya harga belian RM1.00 ada di antara saham amanah sekarang ini harganya cuma RM0.10(10 sen).
Satu perkara yg pasti adalah hanya "egen" jualan saham amanah ini yang untung. Kenapa tidak, minimum komisen terhadap penjualan saham amanah adalah 2.5%-4.5%, jika lebih tinggi taraf seseorang itu, tinggi lagi komisennya. Secara peribadi Aziz CFP tidak menggalakkan pembelian saham amanah kecuali Amanah Saham Bumiputera(ASB). Ini adalah kerana ASB dijamin kerajaan (capital gerenti, dollar to dollar) dan pulangannya sudah lebih 25 tahun beroperasi tidak kurang 8% kepada berjuta2 pelabur2 bumiputera. ASB adalah antara pelaburan/simpanan yang terbaik di dunia. Tiada sepertinya di mana2 pun di dunia ini. Malangnya ramai juga "perancang kewangan" yang menyuruh kekawan membelinya sungguhpun mengetahui cashflow individu berkenaan hanya cukup2 makan tanpa simpanan yang sepatutnya.tepuk dada tanya selera.
Aziz CFP
suka baca blog anda content nya..terbaik dan tag line ada...sangat menyedarkan...dan menginsafkan...
ReplyDeleteRin, takde citer atau info baru ke??
ReplyDelete