Di Malaysia, sistem penyemakan hutang dan penyenaraian hitam dikendalikan oLEH BANK NEGARA MALAYSIA yang dipanggil CCRIS ( credit checking reference institutional system).
Satu lagi bentuk semakan biasa di Bank-bank adalah menerusi CTOS. Ia menjelaskn kedudukan atau taraf kebankrapan seseorang.
Kedua-dua sistem ini adalah cekap dan agak mustahil untuk dibolosi.
Semakan Kredit CCRIS di Biro Kredit
Sumber : Bank Negara Malaysia
Untuk pengetahuan semua, apabila anda memohon pinjaman dari sesebuah institusi kewangan terutamanya bank dan syarikat refinance, mereka akan melaksanakan proses penilaian kredit ke atas anda. Ianya adalah satu penyemakan latar belakang mengenai sejarah kredit terhadap bakal peminjam sebelum keputusan pemberian pinjaman dibuat.
Semakan dibuat melalui Biro Kredit di Bank Negara Malaysia menggunakan sistem yang dipanggil CCRIS.
Antara maklumat yang dikumpulkan adalah butir maklumat peribadi anda spt nama, nombor i/c dan alamat, serta butir terperinci akaun kredit anda, seperti jenis kemudahan kredit/pinjaman yang anda ada, had kredit,baki belum jelas,pengendalian akaun dan status undang2.
Sebagai contoh:
Jika anda mempunyai baki tertunggak pinjaman kereta 3 bulan. Ini akan memberi kesan kpd semakan kredit CCRIS anda, dimana jumlah bayaran tertunggak ini akan "timbul" sebagai satu rekod pembayaran yang tidak elok.
Walaupun anda selesaikan bayaran 3 bulan yang tertunggak itu sekaligus, rekod pengendalian akaun anda akan tetap menunjukkan anda pernah tidak bayar penjaman kereta untuk 3 bulan.
Dalam erti kata lain, semua maklumat ini ada direkodkan dan semuanya diberi kepada institusi kewangan berkenaan untuk membantu membuat keputusan samada untuk meluluskan pinjaman atau tidak.
Sistem CCRIS atau Biro Kredit tidak memberi pendapat terhadap semakan kredit seseorang. Sebaliknya hanya memberi maklumat kredit sebagai rujukan bank berkenaan. semua keputusan samada untuk meluluskan pinjaman,bergantung kepada polisi dan budi bicara bank tersebut.
Jadi, jagalah rekod pembayaran pinjaman anda dengan baik supaya ia memudahkan pengurusan kewangan anda di kemudian hari
Diharap maklumat ini dapat membantu anda memahami mengapa pihak bank agak strict sejak akhir-akhir ini dalam meluluskan apa jua permohonan pinja
Maklumat lanjut berkenaan biro kredit boleh didapati di
http://creditbureau.bnm.gov.my/
Mengenai CTOS pula, anda boleh menyemak kedudukan anda (self checking) or company anda (company checking) di www.ctos.com.my, terdapat 1 borang di dalam website tersebut untuk anda dowload.
1) login to www.ctos.com.my
2) download checking foam
3) photocopy IC - 1 copy
4) Ambil surat sumpah dari suruhan jaya sumpah
5) Pos kan borang ke ctos office yang address nya boleh diperolehi di website di no.1
6) after certain period of time, pihak CTOS akan send us back a letter to tell us about our status in CTOS system.
No comments:
Post a Comment